Antara emas dan permata, perumpamaan yang mungkin tampak senang untuk dipilih kerana kedua-duanya merupakan pilihan yang sememangnya sudah baik, namun begitulah hakikatnya dengan diri TJ sekarang, dilema membuat antara 2 pilihan tersebut. Semuanya semata-mata untuk membuat pilihan yang terbaik untuk anak sulung TJ yang baru memasuki alam persekolahan menengah pada tahun ini 2010.
Pada hari Ahad lepas, 10 hb Januari 2010, TJ menerima surat tawaran ke MRSM Ulul Albab di Kota Putra Besut, Terengganu untuk mengikuti pendidikan peringkat menengah anak sulung TJ. Perbezaan MRSM Ulul Albab dengan MRSM biasa ialah ianya mengadakan program Tahfiz al-quran, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin di samping pelajaran biasa terdapat pada sekolah menengah.
Yang TJ sifatkan sebagai EMAS ialah kerana anak TJ sebnarnya telah pun berjaya memasuki Sek. Men. Agama Maahad Muhammadi (L) di Kelantan – antara sekolah agama yang terbaik di Kelantan dan sepenuhnya dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan, setelah melalui 2 sesi temuduga – bertulis dan lisan. Daripada sejumlah lebih kurang 1000 pelajar yang menghadiri sesi temu duga (dari seluruh negara), anak TJ berjaya menjadi warga pelajar MML tahun 2010 dengan cemerlang yang hanya menyediakan slot untuk pelajar sebanyak 300 orang. Walau pun terpaksa belajar hampir 22 -25 subjek ugama dan biasa, keunggulan sekolah MML terbukti setiap tahun dengan jumlah pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan seperti PMR dan SPM begitu ramai sekali. Persekitaran pembelajaran yang boleh dikatakan penuh barakah membolehkan pelajar berjaya dgn baik sekali walaupun terpaksa belajar hampir 22 atau 25 subjek.
Setelah seminggu menghadirkan diri di dalam kelas terbaik (1 Mekah) di MML, tiba-tiba muncul pula PERMATA baru iaitu keputusan memasuki MRSM Ulul Albab yang tiba dengan penuh jayanya. Sesi ujian dan temuduga yang diadakan pada 21hb Disember 2009 dihadiri hampir 1100 orang pelajar 5A dari seluruh Malaysia. Slot yang disediakan hanya 180 orang. Pada sesi temuduga, pelajar diuji kemahiran membaca dan menulis jawi, kelancaran membaca Al-Quran, kebolehan untuk menghafaz 1 muka surat ayat2 al-Quran yang mesti dihafal dalam jangkamasa kuarantin selama 30 minit. Di samping itu ada ujian sikap (Aptitude test) sebanyak 50 soalan. Berbeza dengan sesi ujian bertulis di MML di mana pelajar perlu menjawab soalan2 merangkumi sirrah nabi, tajwid dan menjawab dalam tulisan jawi sepenuhnya. Bagi sesi temuduga lisan, pelajar perlu mahir membaca al-Quran dengan betul dari segi sebutan dan tajwidnya – disamping akan ditanya tentang hukum2 tajwid. Alhamdulillah, semua diizinkan Allah dengan jayanya. InsyAllah, setelah membuat pertimbangan sewajarnya, keluarga TJ mengambil keputusan untuk memilih PERMATA berbanding dengan EMAS. Diharap keputusan TJ akan membuahkan hasil yang terbaik untuk membentuk anak TJ menjadi seorang hafiz yang berjaya disamping kejayaan duniawi. Doakanlah untuk kebaikannya. Wallahua’lam.
- MRSM Kota Putra – sebuah MRSM Ulul Albab
- Pelajar berbaris untuk ke bilik temuduga
- Pelajar berbaris sebelum ke bilik temuduga
- Proses temuduga sedang berjalan
- Ujian tulisan jawi
- Para ibubapa khusuk mendengar taklimat tentang MRSM Ulul Albab
- Pelajar dikuarantin selama 30 minit di bilik hafazan
- Ujian sikap
- Beli keropok lekor selepas selesai temuduga








