Amat menyedihkan!!! 3X. Sungguh amat menyedihkan!! Semalam blog panduanpercuma.info TJ kena hacked!! Ada juga manusia yang nak kacau TJ punya blog. TJ bukannya nak compete dengan orang lain dan bukannya buat orang lain marah. Cuma buat blog kasi info berguna kepada umum. Itu pun dalam Bahasa Melayu bukan Inggeris! TJ tak faham angkara siapa ni semua. TJ rasa dah prepare macam2 supay blog TJ tak dihack tapi kena jugak. Apa nak buat. Nasib baik TJ back database PanduanPercuma.info – Tu pun mungkin makan masa 1 atau 2 hari untuk restore sebab TJ sekarang ni sibuk sikit!
Bukan apa, blog TJ baru nak meningkat dalam ranking Google. Jumlah pengunjung pun telah meningkat kepada hampir 100 orang sehari. TJ memang senang hatilah! Artikel baru TJ masukkan semalam. Tengoklah insyaAllah TJ akan usahakan untuk restore blog TJ secepat mungkin. Dalam masa tu mungkin kena redirect blog tersebut ke blog ni! Pada sapa yang nak tengok “Penjahat” yang telah hack blog TJ, ni dia gambarnya:
Rasa sedih sangat sebab 90% pengunjung blog PPinfo tu datang dari Google. Apa pun iktibarnya ialah jika kita ada blog, pastikan kita sentiasa:
- jaga sekuriti blog dengan memasukkan plugin2 yang sesuai untuk keselamatan blog.
- sentiasa backup database atau blog itu sendiri.
- jangan lupa logout daripada Admin Control Panel
- gunakan password yang betul2 selamat dan mudah diingat
- biarkan syarikat hosting yang selesaikan masalah dulu sebelum kita sendiri melakukannya.
Bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan” agar tidak “nasi menjadi bubur!” Pada TJ “nasi belum jadi bubur” lagi. Kena kerja kuat sikit, banyak belajar dalam selok belok blog dan internet ni. Nampaknya, pagi besok kena contact admin hosting company yang TJ berlanggan. InsyaAllah, everything will be okay very very soon! Nak gi ready untuk solat subuh pulak ni. Terima kasih kerana membaca coretan ini!
p/s: hampir 1 hari, laman panduanpercuma.info masih lagi gagal berfungsi. Pihak hosting telah sedaya upaya mencari kelemahan di mana hacker boleh messup dgn sekuriti blog. Harap2, seawal2 pagi besok, semuanya akan ok! Nampaknya kena tunggu dan lihat!!
p/s 2:
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus dan bantuan drp penyelia host (hosting), akhirnya blog PanduanPercuma.info berfungsi sepenuhnya pada pukul 10:30 pagi hari Selasa (13/1/10) setelah hampir lebih 1 hari down. Anda boleh kunjungi blog tersebut sekarang!!

o0o0oo… cam2 rupanya… patut saya masuk sekejap ok pas2 pegi website hacked….
Jahat tul laa depa ni.
Seb baik dah okey semula web TJ.
.-= Eriyza´s last blog ..Ayah Dibuang Dek Anak Kandung =-.
TQ ler coz lawat blog TJ ni!
assalammualaikom….
kalau blog anakkhas kena anakkhas tak tahu nak buat apa dah … anakkhas bukannya pandai langsung main buat jer blog…. bagi panduan sikit yer…..
.-= anakkhas´s last blog ..Pendaftaran Murid PPKI. =-.
waalaikumussalam, anak khas.
Blog TJ guna WordPress dn banyak cara untuk backup blog kita. Kalau blogspot tu rasanya ada dalam bhg Settings – pilih opsyen “Export Blog” dan simpan ke dalam hard disk kita.
Bila nak restore balik, gunakan pula opsyen “Import Blog”. Cuba2 lah ye? Oh ya! Nantikan kemunculan satu lagi blog TJ yang 100% info pasal komputer iaitu Infokomputer.net pada bulan Februari nanti!