Selamat Tinggal Sekolahku!

Berita ini sungguh menyedihkan sekali buat TJ. Amat menyedihkan, bahkan terasa hati ini begitu melankolik sekali. Apa taknya, sekolah TJ di mana TJ belajar kecik2 dulu nak dirobohkan untuk dikosongkan sebagai peluasan kawasan sekolah menengah berhampiran. Sekolah yang TJ maksudkan ialah Sek. Keb. Melor, Kota Bharu, Kelantan. Ianya merupakan sekolah pertama TJ dan beberapa orang adik TJ sebelum satu lagi sekolah rendah berpindah berhampiran dengan sekolah tersebut.

Sebenarnya di kampung Melor ni, ada 2 buah sekolah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Sekolah rendah tu ialah Sek. Keb. Seri Melor (dahulunya Sek. Ren. Jenis Keb. Melor) dan Sek. Keb. Melor manakala sekolah menengah pula ialah Sek. Men. Keb Melor, Sek. Men. Keb. Agama Melor (Sekolah Khas untuk pelajar cemerlang UPSR 4A 1B) dan Sek. Men, Ugama Azhariah (sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan – 100% aliran agama).

Keputusan kerajaan untuk menamatkan perkhidmatan sekolah rendah TJ dulu berdasarkan fakta yang sekolah tersebut sudah tidak boleh diperbesarkan lagi kawasannya, di samping sekolah menengah berdekatan memerlukan kawasan tambahan. Memandangkan sudah ada sekolah rendah bersebelahan yang sememangnya sentiasa cemerlang daripada segi akademik sejak dulu lagi, sekolah rendah TJ tu terpaksa dirobohkan…isy…isy..isy… agak sedih jugak TJ sebab drp sekolah tu juga TJ dan 3 org adik TJ yang bersekolah di situ berjaya meneruskan pelajaran ke sekolah berasrama penuh selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 pada suatu masa dulu. Sekrang ianya telah menjadi kenangan terpahat di memori…..

Pada sesiapa ex-student Sek. Keb. Melor yang mungkin telah berjaya dan tidak berkesempatan mengucapkan selamat tinggal kpd SK Melor, di sini TJ paparkan foto-foto yang TJ sempat ambil sebagai kenangan utunk tatapan semua. Selamat Tinggal Sekolahku!! Kau telah banyak berjasa dan berjaya membentuk aku menjadi insan yang berguna sekarang…Teringat juga TJ dengan cikgu-cikgu lama TJ yang mungkin telah bersara sekarang seperti Cikgu Man Serak (Cikgu TJ darjah 1), Arwah Cikgu Rohani (Cikgu Bahasa Inggeris TJ), Cikgu Zainab (Cikgu BM darjah 2), Cikgu Razak (BM darjah 4), Cikgu Mustapha (Guru Besar sekolah tu masa TJ darjah 5), Cik Halimah (Cikgu BM TJ darjah 5 – yg mana anaknya sentiasa saling saing menyaingi dalam akademik dalam kelas – kalu tak silap namanya Normaizatul Akmam Mohamed – kalau terbaca artikel ni, harap respond lah sebab dah hilang contact). Begitu juga dgn JAGA (Pok Guard)pada masa tu En. Zawawi atau Pok Wi di panggil sekarang dan TJ masih berhubung dengannya dan kerap juga berjumpa di masjid dan beliau kelihatan amat sihat sekali walaup un usia sudah mencecah 60an. Begitu juga dengan tukang kebun Pok Awang dan tukang sapu Pakcik Mejah (masih lagi segar bugar bila jumpa kat masjid walau pun dah mencecah 70 lebih umur)

Kepada sapa-sapa member TJ tu (sekelas dan tak sekelas) seperti Mat Yani (org sohor sekarang dah jadi orang kuat Jabatan Pendidikan), Nik Hassan, Nik Rosni (rasa guru kat Selayang sekarang), Zamri, Adek Ahmad, Ariffin, Che Rosbi, Rosbi Che Hamid, Suriani (TJ suka kacau masa dulu2), Habsah, Zakiah Ismail, Azmi, Azizah, Suriah Abdullah, Zanariah, Zawiah, Zainoorita, Adnan Meli, Samsuddin, Rozan, Noorzilah Ismail dan mungkin banyak lagi yang TJ tak ingat. Nama2 tu TJ tuilis secara rawak off my mind sekadar yang ingat! Cuba-cubalah ingatlah TJ aka Hishé aka Tok Jogho (dunia internet).

Kekawan TJ yang lain yang tak sekelas atau se bach termasuklah senior TJ di sekolah tu ialah Nari Zakaria, Azmi Kayu Rendang, Maziha Mustapha (sekarang Dr PHD aredi), Surinam, Pendi (sepupu TJ), Sufian, Izani, Sidi, Maznah dan lain2 yg TJ dah dapat nak ingat…Anyway…Selamat Berjumpa kembali dan selamat menNostalgiakan diri buat semetara waktu..Sila lihat koleksi foto2 menarik zaman sekolah TJ dulu! Wassalam.

Ikhlas drp,

TJ aka Tok Jogho aka Hishé. Memories of 1978 (darjah 6A – SK Melor)

[flickrset id="72157623207215387" thumbnail="square" overlay="true" size="large"]

Related posts:

Subscribe / Share

Article by tokjogho

A simple down to earth guy with great vision to achive what a "Jogho" is all about.
tokjogho tagged this post with: , , , , , Read 23 articles by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

385 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Stats Pelawat

Gu2 TokJogho

Iklan Sini

  1. Sebarang cerita, idea menarik, soalan, feedback dan komen amat ambo alu2kan.