Pada entri ni, tok terpanggil nak cerita sikit pasal minyak (petroleum) dan pasal isu royalti pada negeri tok tersayang ni! Almaklumlah, isu ni memang geger sekali diperkatakan oleh rakyat Kelantan khususnya dan mungkin juga rakyat negeri lain amnya. Apa taknya ini soal duit…duit2..duit 10x! Dulu pun dah heboh pasal royalti minyak kat Terengganu, jiran terdekat Kelantan ni..
Apa yang tok terkilan ialah istilah “Wang Ihsan” yang dilaung-laungkan oleh kerajaan pusat. Istilah ni timbul sebenarnya masa “Terengganu diperintah oleh PAS” pd suatu masa terdekat dulu. Jadi royalti yg selama ini dinikmati oleh rakyat Terengganu, menjadi “wang ihsan” apabila ianya ditadbir oleh parti pembangkang. Tok rasa cerita yg sama jugak dgn negeri tok ni. Kelantan, memang telah lama diperintah oleh pembangkang dan disebabkan lama dan semakin “efisyen” pemerintahan ini, tetiba ada sumber asli “minyak” ni di perairan Kelantan. Apa lagi, NAIK MINYAK lah para pemerintah kerajaan negeri….kalau dikira MEMANG BOLEH KAYA kalau dapat royalti minyak yg sememangnya dibayar secara terus kpd kerajaan negeri. Tapi sedihnya hak kerajaan negeri TELAH DINAFIKAN!!!!!!!!!!!!!! Minyak buka duk dalam kawasan perairan Kelantan dsb.
Kalau diikutkan cerita dulu kat Teganu pun sama..bila negeri tu dah diperintah balik oleh BN, terus “wang ihsan” menjadi “royalti” balik. Tentu nampak “ada udang di sebalik mi kan!” NI pelbagai alasan dicanangkan pada rakyat Kelantan! Kalau nak baca detail pasal isu royalti minyak di Kelantan ni, rujuk artikel blok member tok ni. Baru ni, orang kuat UMNO iaitu bekas orang kuat PETRONAS dulu, YAB Tengku Razaleigh Hamzah sendiri beriya-iya dan begitu lantang sekali menyuara hak rakyat Kelantan ni. Begitu jugak dengan Datuk Alwi Che Mat dan Datuk Awang Adek ytang nampaknya lebih positif memihak kepada rakyat Kelantan berbanding dengan Datuk Pa yang lebih mengikut kerajaan pusat.
PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)
Fakta2 pun banyak memihak pada Kelantan, berbanding dengan Thailand. Dan jika Thailand memperolehi keuntungan berbilion bhat, kenapa tidak Kelantan yang mempunyai hak yang sam 50:50 seperti yang disetujui. Berikut adalah sedikit petikan fakta utnk tok kongsikan bersama:
Kawasan JDA (Joint Development Activities)di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.airan
Hairan bin ajaib!! Kelantan dikatakan tidak layak untuk menerima royalti minyak!! Ayuh, anak Kelantan!!! Teruskan usahamu untuk mendapatkan hak yang dinafikan!! Fikir2kan lah fakta ini sebelum menerjah memarahi pemerintah dan rakyat Kelantan yang menuntut “HAK MEREKA”. Semoga semua faham dengan apa yang dirintih oleh semua rakyat Kelantan:
- Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
- Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
- Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
- Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?
Apa yang dinamakan JDA ialah
- Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
- Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
- Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
- Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
- Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.
Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,
“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”
Wallahu A’lam. Tok sekadar berbicara drp hati tok. Harap maaf jika ada yg tersinggung…

