Tajuk ni tok sengaja ketengahkan kerana tok nak tahu kalau seseorang merokok tu…. susah sangat ke nak berhenti merokok? Yalah yang betul-betul kaki rokok atau perokok tegar. Apa yang menyebabkan ko orang rasa susah sangat nak berhenti! Atau sengaja tak nak berhenti!
Tok tak tahulah macamana susahnya nak berhenti rokok sebab tok tak hisap rokok. Dalam keluarga tok seramai 8 orang adik-beradik lelaki, sorangpun tak hisap rokok. Walhal member-member ramai yg perokok tegar, HATTA ayah tok pun memang seorang perokok tegar terutama GUDANG GARAM!
Tok rasa, pasal berhenti tak berhenti merokok ni sebenarnya terletak pada sikap diri masing2- samada serius atau tak. Sebabnya yang tok perasan, ayah tok yang umurnya dah menjangkaui 70 lebih tahun tu BOLEH TIBA-TIBA BERHENTI MEROKOK apabila start pencen, Elok2 je dia pencen, terus berhenti merokok sampai sekarang. Maksudnya DAH HAMPIR 15 TAHUN dia tak merokok, Bagaimana pulak dia boleh berhenti merokok dgn begitu drastik sekali…tak lain tak bukan, semuanya kerana SIKAP NAK BERHENTI tu tertanam begitu dalam benak fikiran beliau, hinggalah timbul niat yang tulus drp hati untuk melakukannya.
Bermula drp situ pulak, adik ipar tok yang juga kaki rokok juga ikut sika ayah tok. Tetiba aje dia terus berhenti da tak pegang mancis lagi – dah masuk hampir 10 tahun dia berhenti merokok. . Sekarang kalau kita orang adik-beradik pergi rumah parents tok, memang DAH JADI SMOKE FREE ENVIRONMENT!! TAK ADA SIAPA YG MEROKOK!!
Jadi, apa yang susah sangat nak berhenti merokok ni! Cuba ceritakan pada tok part mana yang susah….rasanya memang part SIKAP yang sebenarnya tidak boleh diubah. Berapa banyak si perokok dah habiskan wangnya SEMATA-MATA kerana ROKOK. Hai..kalau didarab dengan bilang kotak x bil hari x bil tahun, rasanya dah beribu2 ringgit dah dibuang begitu saja!! DUIT HABIS, ASAP DAPAT, PENYAKIT PUN DAPAT!!
Nak tahu, da satu kisah jiran tok ni…se orang ustaz. Dia juga kaki rokok sebelum ni…Macamana dia berhenti rokok? Dia kata, dia setkan mindanya NAK BERHENTI, dan duit yang nak digunakan untuk beli rokok tu, dia derma kat masjid… hari2 dia buat gitu. NI DUIT NI RM sekian-sekian ringgit aku dermakan kat tabung masjid ni sebab kalau tidak aku akan beli rokok. Tak sampai dua bulan, dia akhirnya berhenti merokok sampai sekarang. Dia cakap pokoknya, SIKAP, HATI PERLU IKHLAS JIKA INGIN BERHENTI MEROKOK. Tok hanya mengangguk-angguk kepala tanda setuju….Begitulah ceritanya pasal bab berhenti merokok ni..Selamat mencuba seikhlas mungkin kepada sesiapa yang benar-benar hendak berhenti merokok. Tok panjatkan doa agar ko orang semua berjaya MENINGGALKAN AMALAN YANG BURUK LAGI MERUGIKAN INI…
Wallahua’lam.


apa rokok2 ni tak macho la
say no
.-= Wan Perlis´s last blog ..Perkara Yang Selalu Terjadi dan Tidak Disukai =-.
erm ada kawan baru berhenti rokok secara drastik… terus dapat penyakit darah tinggi.. umur baru 25.. huhu… kesian..
.-= zik´s last blog ..Kenapa manusia berperang?? =-.
bro, bukan nak galakkan ke apa bro..tapi memnag banyak orang cakap kalau nak benti kena slow2 bro..takut biologi kita xleh accept..
tu yang member ko kena darah tinggi kot..
.-= PisangPanas´s last blog ..Pendapatan Pasif Dengan Youtube@Video Marketing =-.
sorilah bro! tok tak pernah hisap rokok, jadi tak tahulah macamana rasanya nak berhenti merokok ni..tapi apa yang tok cerita ni berdasarkan rakan dan orang2 yg terdekat dengan tok. Wallahu a’lam.
ramai org ckp merokok ni ketagih.. merokok tak ketagih sebenarnye, cuma tabiat tu yg buat nampak mcm ketagih.. sbb hari2 dok isap rokok je, bila tak merokok jadi timbul rasa bosan yg amat..
nk berenti merokok kene kuat semangat.. kalo rasa takleh nk kawal tabiat merokok tu, gi klinik.. nnt doktor bg ubat..
penah terbaca petua berenti merokok dlm sebuah buku.. campur tembakau rokok dgn air kelapa muda.. tapis.. pastu minum air tu.. pastu bleh jadi muntah2 (buku tu tulis).. nnt bila bau asap rokok, otomatik jd rasa nk termuntah.. nk lari jauh2 dr bau asap rokok.. tu baru bau dh rasa nk muntah.. apatah lagi isap.. cirit birit terus kot..
.-= Anarm´s last blog ..Pasang Button Facebook Like di Blog =-.